Terdapat tiga jenis batuk yang sering dihadapi oleh kebanyakan kita.
- Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
- Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
- Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.
Batuk jenis (1) dan (2) berkemungkinan juga tanda-tanda penyakit lelah yang tidak berterusan di mana tanda-tanda ini wujud semasa jangkitan virus pada saluran pernafasan. Batuk yang berlebihan terutama jenis batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan, tidak hanya menyebabkan seseorang tidak selesa malah kekal kesakitan apabila batuk.
Merujuk kepada ketiga-tiga jenis batuk di atas ahli farmasi atau doktor akan dapat menentukan jenis ubat yang harus dan selamat digunakan.
Pada amnya, pengubatan sendiri oleh sesetengah individu dibuat tanpa mengetahui jenis batuk serta jenis ubat yang sepatutnya diambil.
Untuk makluman pengguna, tiada satu jenis ubat batuk yang dirumuskan boleh mengubat semua jenis batuk.
Oleh itu pengguna harus tahu jenis batuk yang dihadapi sebelum mengambil ubat.
Sekiranya seseorang mengalami batuk, adalah disarankan mendapat pemeriksaan doktor supaya dapat ditentukan jenis batuk dan jenis ubat yang harus diambil.
Senarai di bawah menunjukkan jenis batuk serta ubat yang perlu digunakan untuk rawatan:-
- Drug-drug di dalam ubat gangguan pernafasan ialah efedrin, fenilefrin, nafazolin, oksilometazolin, fenilpropanolamin, pseudoefedrin dan zilometazolin.
Kumpulan drug ini akan bertindak balas dengan otot saluran tenggorok dan akan mengembangkan saluran tersebut.
- Drug-drug dalam ubat, mengeluarkan kahak ialah ammonium klorida, guaifenesin, kalium guaiakolasulfonat, terpin hidrat dan "beechwood creosote."
Kumpulan drug ini akan bertindak balas dan mencairkan kahak serta merangsangkan batuk bagi mengeluarkan kahak.
- Drug-drug di dalam ubat meredakan batuk ialah dekstromethorfan, difenhidramin hidroklorid dan noskapin hidroklorid.
Kumpulan drug ini berfungsi bagi mengurangkan kekerasan batuk, terutamanya bagi batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.
Biasanya akan bertindak di pusat batuk di otak dengan mengurangkan frekuensi batuk.
Jadual jenis drug yang terdapat dalam sediaan ubat batuk.
Meredakan Batuk: | ||
---|---|---|
Nama Drug | Dos Dewasa | Dos Kanak-kanak |
Dekstrometofan | 10-20mg setiap 4-6 jam | 6-12 tahun: 5-10mg setiap 4-6 jam 2-6 tahun: 2.5-5 mg setiap 4-6 jam |
Difenhidramin | 10-20mg setiap 4-6 jam | 6-12 tahun: 5-10 mg setiap 4-6 jam atau 15mg setiap 6-8 jam 2-6 tahun: 2.5-5mg setiap 4-6 jam atau 7.5mg setiap 6-8 jam |
Defenhidramin Hidroklorida | 25mg setiap 4 jam | 6-12 tahun: 12.5mg setiap 4 jam 2-6 tahun: 3.75-7.5mg setiap 4 jam |
Mengeluarkan Kahak | ||
Ammonium Klorida | 300mg setiap 2-4 jam | 6-12 tahun: 150mg setiap 2-4 jam 2-6 tahun: 75mg setiap 2-4 jam |
Guaifenesin | 200-400mg setiap 4 jam | 6-12 tahun: 100-200mg setiap 4 jam 2-6 tahun: 50-100 mg setiap 4 jam. |
Setiap drug utama di atas dirumus dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti pemanis, pewarna, pengawit, perasa dan penstabil.
Walau bagaimanapun, terdapat juga lebih dari satu drug dirumuskan dalam satu sediaan jenis ubat bagi menyesuaikan dengan jenis penyakit.
Kandungan dos yang disarankan juga adalah selamat dan berkesan bagi sediaan di atas kaunter seperti ubat dan berkesan bagi sediaan di atas kaunter seperti ubat demam, batuk, alahan, antiasma dan bronkodilator.
Sebelum seseorang mengambil atau meminum ubat yang mengandungi drug-drug di atas, haruslah mendapat nasihat dan seliaan doktor, terutamanya bagi kanak- kanak yang berumur di bawah 2 tahun.
Pesakit juga mesti mengamalkan pengambilan ubat secara betul untuk jenis penyakit yang betul dalam dos yang betul melalui saluran yang betul pada masa yang betul.
Ubat dirumus sebagai penawar untuk menyembuh penyakit tetapi ubat juga boleh menjadi racun sekiranya pengambilannya tidak betul. Disunting dari : Noor Hasani Hashim Pusat Racun Negara, USM
Petua Tradisional Untuk Masalah Batuk
Untuk pengetahuan tuan/puan saya telah gunakan petua ini apabila diserang selsema atau batuk. Kesannya amat positif dan kesihatan saya pulih seperti sedia kala. Caranya mudah sahaja. Ketika tuan/puan mandi jangan jirus atau siram kepala anda dengan air. Cukup sekadar melurutkan air menggunakan tangan sahaja. Lakukan setiap kali anda mandi. Insyaallah dalam tempoh 3 hari penyakit tersebut akan hilang.
Berikut ada beberapa lagi petua yang mudah diikuti
a.Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh
memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau
nipis dan secamca minyak kayu putih.Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buahpala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadidengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hinggaseminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.
b. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina
dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama
c. Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
d.Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab.
Anda boleh melanggan secara PERCUMA dengan klik disini..
0 comments:
Post a Comment