Ini pula kecoh mengenai video tomok dan Beto Kusyairi yang bertukar menjadi wanita jadian. Walaupun tujuan mereka baik tetapi caranya salah disisi agama islam. Sehinggakan sesetengah pihak berpendapatan perbuatan mereka seolah olah mempromosi LGBT.. Semoga semua pihak mengambil iktibar dari kejadian ini.
"SAYA sedar apa yang ditampilkan pada awal
hingga pertengahan jalan cerita dalam muzik video single Bekas Kekasih
itu tetap salah.
"Namun, saya nekad
ambil risiko ini dengan mengangkat isu semasa seperti lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT)," kata penyanyi Tomok, 34.
Menurut Tomok lagi, dia juga ada mendapatkan pandangan daripada tokoh agama dikenalinya untuk mendapatkan penjelasan terperinci.
"Saya tahu apa yang salah diketengahkan dalam muzik video Bekas Kekasih itu tetap salah, namun masih ada pengajarannya.
"Kepada
mereka yang menonton muzik video itu, saya tegaskan supaya ambil
positif pada mesej dipertontonkan dalam paparan cerita 15 saat terakhir.
"Dalam
kehidupan ini, seharusnya kita sedar kesilapan diri lebih awal dan
jangan sampai kematian datang baru terfikir mahu berubah," ujarnya.
Tomok
atau Shah Indrawan Ismail berkata apa pun dia terima baik segala
kritikan diberi orang ramai termasuk golongan ilmuan agama terhadap
muzik video berkenaan.
Jelas penyanyi
lagu Bagaikan Bidadari ini, dia sama sekali tidak melatah dengan
kritikan diberi kerana tujaannya untuk berdakwah.
"Saya
anggap ia sebahagian dakwah kecil yang dilakukan untuk menyampaikan
mesej positif dan sedikit pengajaran kepada masyarakat.
"Setiap orang ada cara mereka berdakwah. Saya sebagai seorang selebriti, mungkin ini cara dakwah kecil saya," katanya.
Menurut Tomok, memandangkan dia juga sudah lama tidak muncul dengan single baru maka harus tampil kelainan.
Terdahulu, video muzik single Bekas Kekasih tular kerana Tomok dan pelakon Beto Kusyairi tampil berpakaian wanita.
Pelbagai
reaksi netizen berhubung muzik video itu termasuk ada yang berpendapat
tindakan selebriti itu dianggap tidak menghormati agama Islam yang
melarang seseorang tampil dengan imej berlawatan jantina.
Sejak
muzik video single Bekas Kekasih ciptaan Aizat Amdan dan lirik oleh Mel
Ramlan dilancarkan kelmarin, setakat ini ia mencatat #5 trending di
YouTube.Sumber : Hmetro
Pautan Berkaitan
1. Haram tetap haram - pandangan PU Amin
2.Transformasi Tomok buat ramai tak keruan
3. BiodataTomok dan Beto Kusyair
4. Muat Naik Foto Jadi 'Wanita', Netizen Kecam Tomok ....
0 comments:
Post a Comment