Thursday, March 29, 2018


Ini pula kisah sukarelawan/penderma yang ambil kesempatan keatas adik adik pelajar tahfiz..


Seorang sukarelawan sebuah pusat tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 38 pertuduhan jenayah seksual termasuk meliwat pelajar, sejak Julai tahun lalu.

Pengakuan Nasrul Arman Ahmad, 41, direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah yang mengambil masa selama kira-kira setengah jam untuk berbuat demikian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Julai 2017 hingga Feb lalu, antara waktu petang dan awal pagi terhadap 10 orang mangsa berusia antara 12 hingga 17 tahun yang merupakan pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Enam daripada mangsa melibatkan kesalahan liwat dan seks luar tabii manakala bakinya adalah untuk kesalahan gangguan seksual.

Tertuduh yang bertubuh kecil itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu rumahnya di Taman Selamat, Jalan Teluk Sisek di sini dan di pusat tahfiz tersebut termasuk di dalam surau.

Sumber : Bernama

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA