Thursday, June 25, 2015

Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif. Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.

Secara semula jadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.

Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.

Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul. Jangan jadikan sakit perut atau senak sebagai alasan untuk ponteng puasa.

Jika kamu sakit perut sekali pun, ia bukanlah sebab kamu berlapar, tapi tabiat kamu ketika berbuka. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara mengatasi masalah ini pada bulan puasa kelak?

Ketika berbuka nanti, kami sarankan kamu mengambil makanan sedikit demi sedikit supaya perut tidak ‘terkejut’. Misalnya mengambil makanan ringan terlebih dulu seperti kurma, kuih-muih dan buah-buahan. Kemudian berehat sebentar. Setelah solat Maghrib barulah boleh mengambil makanan berat seperti nasi dan lauk.

Apa yang penting, kamu tidak seharusnya meninggalkan sahur. Minum banyak air ketika sahur, kurangkan makanan manis, elak ambil juadah yang terlalu pedas dan berempah serta elak mengambil minuman berkafein. Jika teringin sekali pun, ambillah minuman ini selepas anda menunaikan solat tarawih.

Malangnya yang kini menjadi masalah utama apabila tiba masa berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman. Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut.

Sebenarnya mereka yang menderita gastrik masih juga boleh menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Semasa bersahur, ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan.
Bagaimanapun, sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.

Sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut, Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres. Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan, tapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.

Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut. Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Gastrikbukanpenghalang/Article/#sthash.gH6zRyF0.dpuf

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Ha macamana dengan puasa ok ke tak ok?.  Kali ini dipaparkan masalah manusia iaitu gastrik terutama sekali dibulan Sywawal. 

Apakah itu Gastrik ?. Gastrik ialah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif. 

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.

Secara semula jadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Berikut beberapa tip untuk mengelakkan gastrik semasa berpuasa. Diantaranya,

1. Berbuka dengan makanan ringan 
2. Jangan minum yang berkafin semasa berbuka atau makanan yang pedas.
3. Sentiasa bersahur.
4. Minum susu semasa bersahur
5. Jangan makan makanan yang berlemak tinggi

  1. Jana pendapatan geli-geli anda sini. Pendaftaran percuma, Kerja mudah
  2. No Montly Fee Required,  Win Up To $10 Daily
  3. HOW SHE MAKE $20++ A DAY JUST 
  4. $1,456.3985  in just  month period
  5. All NO INVESTMENT TO START ..

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA