Assalamualaikum semua dan salam ramadhan dari saya. Ini berita terbaru yang diterima yang dikatakan pesawat Malaysian MH17 telah terhempas di ruang udara Ukraine akibat ditempat dengan pelancar roket.
Ikuti kisah selanjutnya dibawah ini,
Moscow: Sebuah pesawat Malaysia dengan 295 penumpang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia, hari ini. Menurut agensi media Russia Interfax, sumber industri penerbangan berkata, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Interfax juga melaporkan pesawat itu dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk. Sumber Metro
Nota : Apakah ada lagi pesawat Malaysia terhempas selepas ini?
0 comments:
Post a Comment