Bioreaktor 5000ml.
Dengan menggunakan bioreaktor (gambar diatas) semua tidak mustahil untuk dibuat.
Kita juga boleh menanam akar ginseng dan beberapa akar tumbuhan yang lain selain membiakan kulat dan bakteria yang berguna. Untuk melihat komponen didalam bioreaktor ini sila klik : BIOREAKTOR
Artikel asal,
Sejak sekian lama, keghairahan kita kepada pokok tongkat ali tidak
pernah luntur kerana pokok tersebut memberikan kita satu khasiat yang
menakjubkan meskipun akhirnya tumbuhan itu menjadi mangsa ekoran
permintaan dalam pelbagai industri.
Pokok Tongkat Ali |
Pokok tongkat ali menjadi mangsa penggunaan tanpa kawalan akan diancam kepupusan.
Sementara kita sebagai pengguna menjadi mangsa pemprosesan yang tidak betul dan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan.
'Kuasa' tongkat ali dikatakan terletak pada bahagian akarnya.
Dengan itu segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab mengikis
bahagian tersebut dengan menjadikannya sebagai bahan mentah untuk
minuman tanpa melalui satu proses saintifik yang meyakinkan dan
terjamin daripada segi kualiti dan keselamatan.
Kegilaan tersebut bertambah hebat dengan kerakusan mencari pokok
tongkat ali hingga hutan diselongkar tanpa mengambil kira kesan jangka
panjang yang boleh memusnahkan sama sekali pokok tersebut.
Gara-gara sikap tamak tersebut, saintis tempatan memikul beban
mencari jalan bagaimana memanfaatkan pokok tersebut dengan cara yang
lestari bagi mengelakkan kepupusan.
Bagaimanapun pakar botani mengandaikan agak sukar membuat
pemuliharaan tanaman ubatan tersebut dengan hanya bergantung kepada
penanaman semula memandangkan tempoh matangnya agak lama iaitu antara
tujuh dan 10 tahun.
Penanaman menggunakan bijih benih pula tidak mampu memenuhi
permintaan ekoran tahap tumbesaran rendah, lambat berakar dan kitaran
hidup yang lama.
Namun itu tidak bermakna tidak ada penyelesaian saintifik kepada masalah yang membabitkan pokok tingkat ali itu.
Ini terbukti apabila Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
berjaya mengeluarkan kultur akar tongkat Ali secara skala besar
menggunakan teknologi bioreaktor.
Teknologi ini adalah kaedah paling sesuai bagi menghasilkan bahan
mentah tongkat ali dalam bentuk kultur sel dan akar yang berkualiti
tinggi.
Bahan tersebut mempunyai nilai tambah seperti mengandungi bahan
bioaktif (novel compound) yang berpotensi bagi menyokong industri
berasaskan pertanian moden dan biosumber, mengenalpasti kandungan bahan
kimia, mencirikan (memprofilkan) dan akhirnya menjadikannya ekstrak
piawai.
Dengan menggunakan teknologi bioreaktor, sebatian bioaktif yang telah
dikenal pasti mempunyai nilai yang tinggi dan dapat dihasilkan secara
besar-besaran menggunakan kultur sel dan akar tersebut .
Langkah ini mengelakkan pergantungan kepada sumber asal sebagai bahan mentah untuk diproses yang lazimnya didapati dari hutan.
Dengan ini eksploitasi tongkat ali boleh dielakkan dan penghasilan
bahan sumberbio tersebut terjamin untuk menjana produk baru bagi
kegunaan pelbagai industri terutama produk barangan herba,
farmaseutikal, kosmetik, dan juga makanan kesihatan tambahan.
Penyelidik utama, Dr. Rusli Ibrahim berkata, penggunaan bioreaktor
dapat mengurangkan masa bagi mencapai tempoh kematangan iaitu antara
tujuh dan 10 tahun kepada masa yang lebih singkat.
Katanya, mungkin beberapa bulan diperlukan bagi menghasilkan akar
tongkat ali yang boleh dijadikan sebagai bahan mentah untuk digunakan
dalam pelbagai industri.
"Daripada bioreaktor berskala makmal ketika memulakannya pada tahun
2006, sebuah loji skala besar satu tan telah berjaya dibangunkan pada
2011 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
," ujarnya ketika ditemui di Nilai baru-baru ini.
Loji tersebut dibangunkan di sebuah kawasan industri, iaitu Arab
Malaysian Industrial Park di Nilai, Negeri Sembilan dengan kerjasama
pelbagai pihak.
Ini termasuk Malaysian Technology Consultants Sdn. Bhd. (MTC),
Malaysian Agri Hi-Tech (MYAGRI), Chungbuk National University, Korea
Selatan dan syarikat pembina bioreaktor, Plantec Co. Ltd. juga dari
Korea Selatan.
Menurut Dr. Rusli projek tersebut dibangunkan dalam dua fasa iaitu
Fasa I (2006-2008) dan Fasa II ( 2009-2013) dengan peruntukan RM6.326
juta daripada Dana Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan
(CRDF).
Objektif utamanya untuk mengkomersialkan teknologi bioreaktor bagi pengeluaran kultur akar tongkat ali secara skala besar.
Loji bioreaktor tersebut merupakan yang pertama di bangunkan di
negara ini juga rantau Asia Tenggara bagi pengeluaran akar tongkat ali
dan tanaman ubatan dan herba lain secara skala besar.
Menurut Dr Rusli, sistem bioreaktor tersebut telah diuji dan
menampakkan kejayaan yang mana kultur akar tongkat Ali berjaya
dihasilkan dalam tempoh 60 hari sahaja.
Teknologi yang sama juga telah diuji untuk pengeluaran kultur akar
ginseng dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh 40 hari sahaja
berbanding lima dan enam tahun mengikut kaedah pembiakbakaan
konvensional.
Sehubungan itu katanya, teknologi bioreaktor merupakan satu
alternatif yang amat berpotensi untuk pengeluaran akar tongkat ali
selain daripada kaedah pembiakan konvensional.
Justeru, teknologi tersebut boleh digunakan untuk pengeluaran akar
tongkat ali berasaskan pengeluaran secara pengilangan dengan
menggunakan kaedah automasi
Kaedah berkenaan dapat memastikan pengeluaran bahan mentah yang berkualiti secara berterusan.
Kejayaan tersebut dapat memberi harapan baharu kepada pengusaha
herba dan tumbuhan ubatan dan memandangkan teknologi bioreaktor boleh
digunakan sebagai platform untuk tumbuhan lain seperti kacip fatimah,
sambung nyawa, hempedu bumi, misai kucing dan lain-lain.
Lebih menarik, akar tongkat ali yang dihasilkan daripada projek
tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan perubatan herba, diet herba,
makanan kesihatan tambahan dan makanan berfungsi berasaskan herba.
Menurut Dr. Rusli, teknologi bioreaktor juga boleh digunakan secara
skala besar untuk tujuan lain seperti pembiakan mycelium cendawan bagi
pengeluaran secondary metabolites seperti beta-glucan yang berpotensi
sebagai antioksidan pengeluaran bakteria dan mycorrhiza untuk biobaja.
Sumber : UtusanMalaysia, Wikipedia,
Make Easy Money By Sharing in You Social Media..Free to JOIN !! Anda mencari kerja dirumah, ikuti berkesan danHALAL
Berkongsi Cerita ; Berita Pun boleh buat $$ tanpa Modal
Earning for FREE, without investment
Extreme Cash
Promote Your Affiliate For FREE
This is the best moneymaker in Universal
Cara mudah dapat `referral' dengan program ini
Dapatkan 1,000,000 traffik percuma
Cara mudah dapat `referral' dengan program ini
Dapatkan 1,000,000 traffik percuma
Jana trafik mudah
Jana pendapatan dengan mudah setiap hari tanpa kos !
Luaskan potensi kewangan anda,
kecil lebih baik,
berkongsi lebih baik,
Dapatkan traffik percuma disini,
Pendapatan Tanpa Pelaburan,
Anda boleh baca,bercakap bahasa English?.
Promote Your Affiliate For FREE
This is the best moneymaker in Universal
Teknik buat video hebat guna Iphone sahaja **
Download Unseen Apps for iPhone & iPod Touch**
Earning for FREE, without investmentExtreme Cash
0 comments:
Post a Comment