Saturday, August 20, 2011


VS




Alhamdulliah sekarang kita telah berada di Ramadhan ke 21, Anda sudah pasti sudah terdengar di radio tempatan yang memperdengarkan lagu-lagu raya .. Aduh memang indahnya lagu-lagu tersebut dan telah membangkit semangat raya. Liza pasti dikampung - kampung sudah ada yang memasang pelita dan lampu kelip-kelip ermm sungguh indah.. Semangat menyambut raya la katakan !

Seperti yang kita sedia maklum, kemungkinan besar hari raya Adil Fitri kali ini bertembung dengan sambutan menyambut kemerdekaan kali ke 54.  Liza lihat semangat menyambut hari raya melebihi dari semangat menyambut kemerdekaan, rumah-rumah kurang memasang bendera Malaysia begitu juga dengan di kenderaan. Bukan susah cuma pasang sahaja satu bendera dirumah masing-masing cukup untuk mengambarkan betapa sayangnya anda kepada Malaysia.

Bukan tidak ada program menyemarakan sambutan kemerdekaan, bahkan kerajaan telah memulakan sejak awal bulan Julai lagi. Dato Rais Yatim telah turun padang dengan mengedarkan bendera dan menganjurkan pertandingan kecerian dan sebagainya. Entah mungkin belum sampai seru atau mengambarkan kelunturan semangat nasionalism dikalangan rakyat kita lebih-lebih lagi generasi muda.

Oleh itu, liza menyerulah rakan-rakan pembaca blog ini supaya bersegera memasang dan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda cinta kepada negara dan akan menjadi contoh generasi muda.

Untuk makluman semua tema kemerdekaan kali 54, 2011 ialah

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

 Perbarisan kemerdekaan akan diadakan pada 16 September 2011 - Sumber Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.



0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA