Tuesday, June 14, 2011


Rasa teruja dan tak sabar pula sebab ingin melihat gerhana bulan. Mesti cantik bulan macam `bulan dipagar bintang'. Khabarnya gerhana bulan penuh (Total Lunar) akan bermula pada 1.25 pagi dan akan berakhir pada 7.00 pagi.

Kepada sesiapa yang ada kelapangan liza harap tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan `mata kepala sendiri' fenomena alam ini yang dikatakan jarang berlaku. Harap-harap esok tidak hujan atau mendung. Lanjutan dari peristiwa ini macam-macam aktiviti yang dilakukan seperti solat sunat gerhana, cerapan gerhana dan ceramah khas gerhana akan dilakukan di Masjid Negara Kuala Lumpur dan Masjid Putrajaya. 



Berikut aktiviti-aktiviti,

      16 Jun 2011
a. 1 pagi : Pendaftaran peserta 
 
b. 1 hingga 7 pagi : Pencerapan gerhana bulan, Musytari, Marikh &
     Zuhrah, taklimat gerhana,  pertandingan kuiz & solat sunat gerhana 
 
c.  7 pagi : Bersurai 
 
Untuk maklumat lanjut sila ke :  http://www.astronomy2009.gov.my
 
Ada setengah orang berpendapat, fenomena ini ada kaitan dengan gempa bumi yang berlaku semalam 14 Jun 2011 di Sumatera. Entahlah betul atau tidak hanya Allah yang Maha Tahu. Puas Liza mencari jawapan di internet tapi masih tidak ada petunjuk boleh membuktikan teori ini. 
 
Jangan lupa tau malam esok 16 Jun 2011 - pandang ke langit '

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA