Sunday, March 13, 2011


 

 

Wow ! sungguh dahysat sekali bencana yang melanda Jepun - Gempa bumi, tsunami dan letupan loji nuklear. Semua ini  bermula dengan gempa terkuat berskala 8.9 pada skala Richter di kawasan pantai timur laut negara itu pada hari Jumaat 11 March 2011. 


Lantas mengakibatkan tsunami yang menyebabkan ombak setinggi 10 meter dan juga kerosakan teruk loji nuklear di Fukusima. Terkedu liza melihat ombak `menyapu bersih' di bandar di Miyagi. Setakat ini dianggarkan kira-kira  1,300 kematian telah dicatatkan dan berkemungkinan akan meningkat kerana ramai penduduk yang masih hilang dan tidak dapat dikesan.  Adalah dianggarkan jepun mengalami kerugian diantara 14.5 - 34.5 billion USD akibat dari bencana ini.

Terlintas dihati liza apakah kesan bencana alam ini kepada ekonomi negara kita - Malaysia. Kerana Jepun merupakan diantara pelabur asing yang banyak melabur disini. Tahniah juga kepada kerajaan kita yang telah menghantar anggota SMART untuk membantu Jepun ini mengambarkan keperihatian dan simpati Malaysia kepada mereka.

Salam takziah dan  simpati dariku Liza @ Kenangan di Tokyo dan Hiroshima 2004

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA