Sakit mental semakin membimbangkan. Pesakit mental dinegara ini telah meningkat sebanyak 15.6 % ( 400,227 orang) berbanding tahun 2009. Untuk rekod pada tahun 2006 11% (2.6 juta) mengalami penyakit ini. Dijangka pada 2020 menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung.
Diantara punca-punca sakit mental ialah,
1. Sejarah keluarga
2. Persekitaran seperti tekanan, hubungan sosial & tekanan tempat kerja
3. Personaliti Introvert
4. Kemalangan dan kecederaan otak.
Diantara jenis-jenis sakit mental ialah seperti,
- Halusinasi
Pesakit mendengar suara-suara aneh yang sebenarnya tidak wujud yang menyuruh melakukan tindakan di luar kawalan.
- Delusi
Pesakit melihat bayangan yang sebenarnya tidak wujud. Contohnya pesakit ternampak seperti ada orang yang mengikutnya, ada orang ingin membunuhnya dan sebagainya.
- Skizofrenia
Gangguan mental peringkat teruk (psikotik). Simptomnya ialah gabungan halusinasi dan delusi. Pesakit mengalami, mendengar, melihat sesuatu yang orang lain tidak lalui. Mendengar suara aneh yang menyuruh pesakit membunuh sebelum dia dibunuh.
- Kecelaruan dwikutub
Perlakuan yang sukar dijangka. Kadangkala pesakit menjadi pendiam, terlalu ramah atau terlalu gembira. Mudah marah dan sering syak wasangka.
- Kemurungan
Rasa yang tidak gembira, murung, rendah diri dan selalu menyendiri disebabkan oleh faktor persekitaran.
Diantara langkah-langkah yang boleh diambil
Diantara langkah-langkah yang boleh diambil
- Mereka yang mempunyai simptom gangguan mental mesti mendapatkan rawatan awal.
- Persepsi masyarakat terhadap pesakit mental perlu diubah.
- Keluarga terdekat perlu memberi sokongan dan membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan.
- Mengubah cara rawatan lama kepada kaedah rawatan yang lebih moden, misalnya cara mengurung pesakit akan menyebabkan pesakit lebih tenat (kaedah lama).
- Sikap masyarakat yang menerima kembali bekas pesakit mental akan membantu.
- Pemikiran masyarakat yang terlalu mempercayai bomoh hendaklah dikikis.
Sumber : Gangguan mental dan penyelesaian, Mingguan Malaysia 17 Januari 2010
0 comments:
Post a Comment