Wednesday, August 11, 2010


Assalamualaikum pembaca semua, liza mohon maaf kerana sudah lama tidak `update' blog ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Liza ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kejadian yang benar-benar berlaku keatas diri liza ini. Kisahnya begini sehari sebelum puasa iaitu hari Selasa 10 Ogos 2010. Liza keluar makan tengahari bersama-sama `housemate', tetapi banyak kedai yang telah menutup perniagaan mungkin kerana esoknya puasa.  

Akhirnya kami pun singgah disebuah kedai, kami pun memilih makanan dah duduk disatu sudut, sedang kami sedang menikmati makanan tiba-tiba ex-house mate kami iaitu Ema (bukan nama sebenar)  bersama tiga kawan-kawannya pun duduk semeja dengan kami.  

Dengan selambanya Ema menegur liza katanya ` Hai makan sayur jer, makanlah ikan ke ayam ke bukan mahal sangat pun' . Eehhhh geramnya panas hati liza, Liza pun jawap ` Nampak ada yang nak kena baling dengan pinggan nie kang, Suka hati aku lah bukan aku guna duit mak bapak kamu beli nasi nie !!!' . Kawan housemate dan kawan Ema terkejut dengan jawapan liza. Liza hilang selera makan, terus bangun dan bayar dikaunter dan balik ke rumah dengan teksi.

Liza taulah Ema itu datang dari keluarga orang kaya ada `business family' sendiri, janganlah hina orang lain , Liza sedar diri yang liza tidak berkemampuan seperti dia. Segala kekayaaan dan kemewahan diatas dunia ini Allah yang beri, bila-bila masa Allah boleh tarik balik.  

Sungguh-sungguh  sakit hati dan terhina hari itu. Liza dengar khabar Ema akan kawin bulan September nanti. Liza berjanji pada diri  ini tidak akan hadir ke Majlisnya nanti walaupun dia hantar kat jemputan. 

`Ya Allah Ya Tuhanku jauhkan diri ini dari bersifat seperti Ema itu'.

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA