Sunday, March 7, 2010


Assalamualaikum, salam ceria

Sudah dua hari liza tidak ke kuliah kerana mata sakit. Tak tahulah berapa lama lagi kata ibu sekurang-kurang seminggu ...aduh rugi rugi dahlah tengah banyak kerja. Kalau ikut hati mahu sahaja ke kuliah tapi takutlah pulak menjangkit kepada orang lain pulak.

Doktor dah bagi ubat titis mata nampaknya kurang sikit tapi bangun tidur susah nak buka mata iskkk...tension betul. Nak buat camna redha jer lah.

Nasib baiklah rumah ibu ada internet taklah boring sangat. Ini ada beberapa petua yang liza jumpa,

1.  Rebus teh bunga (biasanya ada dikedai ubat cina ~ singseh) hingga menggelegak
     kemudian  masukkan sedikit gula dan minum (Terima kasih kak Rahimah)

2.  Titiskan embun pagi ke mata setiap hari,  

3. Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata, satu 
     sudu besar garam ke dalam besen yang berisi  air. 

4. Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.

5. Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.
    
    ** Laman Petua Nenek **

Berikut maklumat lanjut mengenai `Sakit Mata'

Punca peryakit
1. bakteria( jenis haemophilus)
2. jangkitan virus (beserta selsema )
3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:
· tangan yang tercemar
· tuala
· alat kosmetik
· bulu mata palsu
· kanta sentuh

Tanda-Tanda:
· gatal
· mata merah
· perit terkena cahaya
· mata bertahi
· bengkak mata
· sakit
· rasa “pasir” dalam mata
· kabur penglihatan

Tempoh:
ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.

Pencegahan:
Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:

· mengelakan tangan menyentuh mata
· kerap menyuci tangan
· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan
· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata
· penggunaan kanta sentuh secara bersih
· memakai alat pelindung mata apabila perlu
· tidak berenang didalam kolam yang kotor

AMARAN:
Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda
· penglihatan berubah
· sakit mata yang bersangatan
· sakit ketika menggerakkan bola mata
· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat
· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti
· mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.
Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.

Petua:
· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain
  bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada
   mata.
· Elakkan daripada menggosok mata.
· Kerap mencuci tangan.
· Jauhkan tangan daripada mata.
· Gunakan kacamata hitam.
· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.
· Elakkan menggunakan kanta sentuh.
· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

** Sumber :  PKPUUM - Dr.Wan Idris Wan Hussain **


Liza : Mata merah macam mata  musang la pulak he he he.. Nasib pakai spek tak la nampak 
           sangat..

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA