Saturday, January 17, 2009


Akhir berakhir segala teka-teki dengan pengumuman SPR mengenai kemenangan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi.

Liza : Jangan lupa janji - janji sudahlah...



Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras amalan demokrasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana "suara rakyat adalah suara keramat".

"Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.

Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Najib berkata, BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita," katanya.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya. - Bernama

To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA