Ini petikan dari kata-kata Khalid Ibrahim,
“Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor. Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor,” katanya.
“Sudah dua minggu setengah, jika mereka masih enggan komited, saya tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri). Pejabat Selangor FM ada di
Ini komen Menteri Penerangan Shabery Cheek,
Ahmad Shabery berkata, beliau terkilan dengan kata dua yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor itu yang boleh disifatkan sebagai ancaman dan ugutan.
Menurutnya, dakwaan Abdul Khalid mengatakan Radio Selangor FM sengaja tidak mahu memberi ruang kepadanya adalah tidak benar kerana tiada syarat seumpamanya.
“Prinsip kita jelas iaitu sekiranya ada nilai berita, apa salahnya satu jam, dua jam atau tiga jam, kita tidak ada masalah untuk memberi slot.
“Masalah sekarang ialah ia membabitkan soal kuasa iaitu ‘kamu tak ikut kami, kamu kena keluar’. Apakah kita perlu tunduk kepada tekanan dan ugutan macam ini,” soal beliau.
Beliau turut kesal dengan tindakan Menteri Besar itu yang jelas menggambarkan sikap kemaruk kuasa kerana sudah lama mengidamkan tempat tersebut dengan merasakan sesiapa yang berada dalam bangunan itu mesti patuh kepada kehendaknya.
Katanya, ia sekali gus akan menyulit dan menjejaskan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan.
“Macam hari ini apabila dia ada kuasa, dia menggunakan RM100 juta untuk babi, maka dia tunjukkan dengan menghalau keluar mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan daripada bangunan itu, yang bukan dibina atas hasil usahanya,” katanya. - UTUSAN MALAYSIA
Ini pula komen KLpos
Reaksinya untuk mengarahkan Radio Selangor FM Selangor supaya berpindah dari bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam menjelaskan sikap jumud Shabery yang diwarisi dari menteri-menteri penerangan yang lampau.
Beliau sepatutnya tidak bersikap bengis begitu dan perlu waras serta bersedia memenuhi permintaan Menteri Besar Selangor yang inginkan Radio Selangor FM turut sama menyiarakan maklumat dan aktiviti kerajaan Selangor.
Adalah hak Khalid memohon agar Radio Selangor FM turut menyiarkan kegiatan kerajaan negeri memandangkan ia beroperasi di negeri berkenaan.
Dan tindakannya untuk meminta radio itu tidak beroperasi di bangunan milik kerajaan itu juga kena pada tempatnya. Apa guna bagi kerajaan negeri memberi susu kepada RTM kalau ianya dibalas dengan tuba.
Langkah Shabery yang mahukan Radio Selangor FM keluar dari bangunan itu menjelaskan janji Shabery untuk merubah pendekatan RTM hanya sekadar untuk mengeringkan air liur sahaja.
Shabery sudah mula menunjukkan belang dan mendedahkan kelemahannya yang tidak berani bersikap telus dan professional.
Demikian juga katanya untuk menemui dan mendekati para bloger tidak lebih daripada suara burung kakak tua, yang tahu bercakap tetapi tidak memahami apa yang diucapkan.
Kalau hanya bloger penjilat buntut saja yang ditemui, maksud dan tujuan asal beliau ingin mendapat poandangan secara bebas dan telus juga tidak akan menjadi kenyataan.
Tentulah apa-apa yang disampaikan oleh bloger penjilat buntut itu baik belaka kerana mereka ingin menjaga perut agar tidak kempis! - KLPOS
Inilah jadinya, bila Tak Sekepala Dengan Tuan Rumah.
To subscribe click Click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Dengar Era Disini
0 comments:
Post a Comment