Semua orang sudah tahu keputusan pilihanraya ke12. Memang ini diluar jangkaan. BN mensasarkan menafikan 2/3 majoriti di kebanyakan negeri. Tetapi kini Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (?) sudah jatuh ke tangan ke tangan Barisan Alternatif dan DAP.
Walaubagaimanapun Barisan Nasional masih mengekalkan (setakat ini) simple majority untuk memerintah Malaysia.
Liza dan ibu menunggu sehingga jam 3 pagi hari Ahad dengan penuh saspen nak tahu siapa yang bakal memerintah. Terutamanya negeri Selangor.
Malang sekali .. Selangor telah jatuh ke tangan parti pembangkang (PKR) sebaliknya BN yang jadi pembangkang. Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar baru menyingkirkan Dato Khir Toyo. ( He He terkena sial penyapu kot ??? )
Diantara keputusan yang paling mengejutkan Nurul Izzah mengalahkan Dato Sharizat hairan liza agak pengundi `membutakan' calon sebalik asal pembangkang mereka pangkah. Macamana nak jadi wakil rakyat tanpa pengalaman satu habuk pun??. Ibunya pun memang di Permatang Pauh. Liza rasa ibunya akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ayahnya kembali ke arena politik.4 negeri `yang boleh buat duit' telah jatuh ketangan pihak pembangkang iaitu Perak, Penang, Selangor dan Kedah selain Kelantan. Ini pada Liza `message' jelas rakyat kepada BN terutamanya Pak Lah supaya lebih `alert' dan jangan asyik nak `tidur'
Liza difahamkan kerajaan negeri Penang akan membayar $6000 seorang yang mengundi mereka. Kita tengok dan lihat jerlah ..
Kita lihat 5 tahun lagi. Sekali rakyat mahu berubah, mereka mampu berubah sekali lagi. Siapa yang menepati aspirasi rakyat akan terus relevan .Ingin Semak Keputusan Rasmi Pilihanraya ke12 sila ke SINI
Liza : Tsunami Melanda BN ??? Cemas !!
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
0 comments:
Post a Comment