Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda
yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih
mengapa?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam
yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu.
"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan
melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang it disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya
semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia
singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan
sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa
gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah
dan doa dari ibunya.
liza : ermm....
Terima kasih diatas perhatian anda..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Anda boleh melanggan secara PERCUMA dengan klik disini..
Untuk melihat lebih banyak lagi sila ke http://cybercafe2u.blogspot.com
Jom buat Link exchange email liza di lizeii86@gmail.com
Traffic Percuma diSINI
Saturday, March 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami. Maria seorang janda kaya yang baru...
-
Akhirnya bercerai jua pelakon puteri ini Nora Danish(26) dengan suaminya Rizal Ashram Ramli (38) setelah dua tahun melayari hidup sebagai s...
-
Liza balik kampung baru - baru ini kerana untuk melawat mak saudara yang diserang penyakit kayap. Teruk betul dibahagian belakangnya merah ...
-
Baca maklumat mengenai Pisang & Jantung Pisang Anda suka makan ulam jantung pisang ? Liza pun suka tapi taklah `addict' sangat,...
-
To subscribe click Click here To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com To Exchange Link email lizeii@yahoo.com To view more HERE...
-
Lihatlah balasan Allah didunia lagi. Ini ada kisah benar- benar terjadi di Dungun Terengganu. Untuk mengetahui cerita lebih lanjut sila ikut...
-
Pemanasan global adalah disebabkan oleh `green-house effect ialah bertambahnya gas (CO 2 ) karbon dioksida dan gas-gas lain di atmosfera ...
-
Nampaknya rumahtangga abby abadi & Norman Hakim kembali bergolak, sejak kes khlawat Norman dengan Memey Suhaiza terbongkar. Norman kata ...
-
Awas Mahluk Ketiga - Syaitan Si Durjana KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah k...
-
liza : ermm guna sms jer tak boleh ker ?? ________________________________________________ Terima Kasih Diatas Perhatian Anda To subscribe c...
Penafian ( Disclaimer )
Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA
Jemput DOWNLOAD PERCUMA
0 comments:
Post a Comment