Tuesday, January 23, 2007

Aksi Remaja di BKT MERTAJAM (baca ni)
ALOR STAR: Kamera digital yang berada di pasaran sekarang dipercayai digunakan 'kaki hendap' untuk merakam aksi mengghairahkan pasangan kekasih di tempat awam.

Bagaimanapun, bermula daripada rakaman secara suka-suka, kegiatan itu kini menjadi sumber rezeki apabila pita berkenaan dijual kepada sindiket cakera padat video (VCD) cetak rompak dan lucah.

Perakam aksi lucah itu dikatakan mampu memperolehi pendapatan empat hingga lima angka hasil jualan pita kepada sindiket.

Antara VCD lucah dirakam di negara ini yang hangat di pasaran ialah membabitkan sepasang remaja melakukan hubungan seks.

VCD bertajuk 'Di Dalam Hutan Buluh di Bukit Mertajam' (DDHBDBM) itu membabitkan remaja diedarkan serentak dengan VCD 'Kehidupan Pramugara Yang Terlampau' (KPYT).

Bagaimanapun, berikutan publisiti meluas kepada VCD KPYT menyebabkan VCD DDHBDBM agak tenggelam.

VCD DDHBDBM terus tenggelam apabila sebuah lagi VCD lucah membabitkan seorang dramatis wanita negara ini berada di pasaran kira-kira sebulan lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro, VCD DDHBDBM tetap laris berikutan tindakan pihak tertentu menyebarkan sebahagian adegannya melalui e-mel.

"Berikutan tersebarnya beberapa adegan daripada VCD itu di Internet, ramai mencarinya.

"Bagaimanapun, harganya tidak setinggi VCD dramatis wanita atau pramugara MAS (Penerbangan Malaysia) yang dijual sehingga RM100 sekeping.

"Berikutan sukar menemui VCD ini dan operasi pihak berkuasa membanteras VCD lucah, ia dijual antara RM20 hingga RM30...itupun kalau bernasib baik ada (dijual)," katanya.

VCD tanpa tarikh itu memaparkan aksi pasangan yang sama melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali di kawasan berkenaan yang dipercayai kawasan perkelahan berikutan terdapat bunyi air terjun dan cengkerik.

Aksi itu juga dipercayai pada hari berbeza berikutan pasangan berkenaan mengenakan pakaian lain.

Perakam dipercayai 'kaki hendap' yang mahir mengenai selok-belok kawasan perkelahan itu berikutan sudut rakaman dan jarak sehingga tidak disedari pasangan berkenaan.

Sumber berkenaan berkata, lebih banyak VCD lucah tempatan akan berada di pasaran dalam tempoh terdekat.

Difahamkan, antara VCD yang menunggu masa untuk diedarkan membabitkan seorang model iklan yang popular selain seorang wanita bergelar Datin yang mendapatkan khidmat seks daripada gigolo.

"Berikutan teknologi dan peralatan makin canggih, banyak adegan lucah dirakamkan tanpa disedari 'pelakon' dalam VCD berkenaan.

"Bagaimanapun, mereka (pelakon) bernasib baik kerana penguatkuasaan dan operasi lebih kerap dan tegas sekarang menghalang penjualan VCD itu secara berleluasa.

"Kalau tidak VCD ini hanya akan dijual di kedai atau di pasar malam. Sekarang mereka yang ingin menonton VCD lucah terpaksa bersusah payah...kalau nasib baik mereka akan menemuinya," katanya.
RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banyak Lagi cerita di : SINI......

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Disclaimer : Sekiranya anda tidak mahu menerima e-mail lagi, sila reply dengan subject TIDAK . Sekian terima kasih. Saya mohon maaf sekiranya menganggu ketenteraman anda
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food & Drink Q&A.

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA