Thursday, February 22, 2018

Agaknya manusia semakin gila.  Hadiahkan tarian separuh bogel untuk si mati di majlis pengebumian. Kisah ini berlaku di China dan Taiwan.  Diberitakan juga perkhidmatan tarian separuh bogel semakin mendapat sambutan terutama sekali bagi golongan yang mewah. Entahlah manusia. Agaknya lepas masukkan patung perempuan bogel dalam keranda sekali. Yelah `entertainment' semasa kesunyian !!!


Beijing: Pihak berkuasa China melancarkan satu operasi terbaru terhadap perkhidmatan penari separuh bogel yang kini mendapat permintaan tinggi untuk majlis pengebumian di negara itu.
Kementerian Kebudayaan China berkata, perkhidmatan penari itu yang dianggap sebagai haram dan merosakkan moral kini menjadi masalah besar di kawasan pedalaman.



Persembahan tarian dan nyanyian oleh wanita berpakaian seksi itu bertujuan menarik seramai mungkin tetamu ke upacara penghormatan terakhir si mati bagi menunjukkan kekayaan sesebuah keluarga.
Kata kementerian, pihaknya menyasarkan persembahan separuh bogel dan berbentuk lucah pada upacara pengebumian, perkahwinan dan majlis tradisional lain di China.
Pihak berkuasa China mula melancarkan operasi membasmi amalan seperti itu pada 2006 dan melancarkan operasi kedua pada 2015.
Operasi terbaru itu kini ditumpukan terhadap 19 bandar di seluruh empat wilayah di Henan, Anhui, Jiangsu dan Hebei.
Kempen berkenaan turut menawarkan ganjaran kepada orang ramai sebagai galakan menghubungi talian khas untuk melaporkan aktiviti seperti itu kepada pihak berkuasa.
Tiga tahun lalu, pihak berkuasa mendakwa sebuah kumpulan tarian kerana penarinya menanggalkan baju ketika membuat satu persembahan tradisional.
Ketua kumpulan itu dijatuhkan hukuman penjara 15 hari dan didenda 70,000 yuan (RM43,278)
sumber .H.Metro


Taipei: Ahli keluarga dan rakan yang hadir pada majlis pengebumian seorang lelaki di sini terkejut selepas upacara itu dimeriahkan dengan persembahan tarian bogel.
Lebih mengejutkan lagi penari bogel itu sebenarnya diupah oleh isteri si mati sendiri sebagai hadiah untuk suaminya.
Pelawat majlis pengebumian yang berlangsung pada Ahad lalu itu pada mulanya hairan apabila lampu berwarna-warni tiba-tiba dipasang disusuli dengan muzik rancak.

Mereka terus terkejut apabila dua wanita yang hanya memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi tiba-tiba keluar dan terus menari.
Penari itu menari dalam keadaan yang mengghairahkan dan mereka menggeselkan tubuh mereka pada keranda si mati.
Beberapa pelawat dilihat berebut-rebut merakamkan imej wanita berkenaan dengan telefon bimbit dan mereka seolah-olah lupa kepada rakan mereka yang sudah meninggal dunia itu.
Menurut laporan akhbar The People’s Daily, lelaki itu yang dikenali sebagai Jian meninggal dunia baru-baru ini selepas diserang strok.
Isteri Jian berkata, dia tahu suaminya suka melihat wanita cantik dan dia mahu memberikan hadiah yang akan dihargai lelaki itu pada majlis pengebumiannya.
Keluarga dan rakan rapat Jian memberitahu mereka terkejut melihat persembahan itu, tetapi memahami mengapa isterinya bertindak demikian.
“Wanita itu seorang yang setia dan sentiasa berada di sisi Jian ketika sakit sehinggalah dia meninggal dunia.
“Saya yakin Jian pasti tersenyum ketika dalam perjalanan untuk dikebumikan,” kata seorang rakannya.
Ada penduduk berpendapat tarian bogel diadakan bagi menghiburkan si mati yang suka menonton tarian bogel ketika hidup
Sumber sayangSabah

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA